Wednesday, 16 April 2014

"Saya masih isteri orang" - Dynas 


PETALING JAYA - Pelakon tinggi lampai, Dynas Mokhtar, 31, hari ini menafikan dakwaan bahawa dia dan suaminya, Mohd. Hafizy Mohd. Hafiz, 43, telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam Februari lalu.

Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinaz Wan Mokhtar menyifatkan dakwaan tersebut sebagai gosip semata-mata.

"Itu hanya gosip. Perkara ini memberi impak kepada seluruh keluarga kami, jangan terus diungkit," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pertandingan Johnson Baby of the Year 2014 di sini hari ini.

Menurut Dynas, persoalan mengenai statusnya itu seharusnya ditanya terus kepada suaminya untuk kepastian.

"Saya tidak mahu cakap soal ini depan anak saya kerana mereka sudah faham banyak perkara. Lebih baik kalau tanya ayah mereka," katanya.

Dynas dan Mohd. Hafizy mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2008 dan pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Khyra Khalyssa, 5, dan Mohamed Haqaish, 2.

No comments:

Post a Comment