Wednesday, 16 April 2014

Karpal Singh maut kemalangan


TAPAH - Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh maut apabila kenderaan yang dinaikinya terbabit dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira 1.30 pagi ini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Turut terkorban, pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. 

Takziah kepada seluruh keluarga mangsa.

No comments:

Post a Comment