Wednesday, 16 April 2014

Anwar akan tarik diri tanding presiden PKR?


PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, salah seorang antara beliau dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail Ismail akan menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu sebelum hari pemilihan sebenar.

Seperti diketahui umum, Anwar tidak layak bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan selepas dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Walaupun tidak menyatakan sama ada beliau atau Wan Azizah yang akan berundur, ramai pemerhati politik sudah menjangkakan dari awal Anwar akan menarik diri di saat akhir bagi mengelak PKR diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Kenapa Anwar tidak bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti pada 2010 tetapi bertanding pada 2007 dan 2014?

Jawapannya mudah sahaja. Ini kerana Anwar sengaja mahu mencabar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan membangkitkan kemarahan penyokong pembangkang apabila beliau tidak dibenarkan bertanding, sekaligus memudahkan hasratnya untuk melaksanakan Reformasi 2.0 bagi menumbangkan kerajaan.

Pada 2007, Anwar yang baru tiga tahun dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh tidak boleh bertanding dalam tempoh lima tahun manakala pada 2014 pula, beliau juga tidak layak bertanding kerana kesalahan kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya.

Pada 2010, tidak ada sekatan untuk Anwar bertanding tetapi Ketua Pembangkang itu memilih untuk tidak bertanding.




No comments:

Post a Comment